Bahasapp.com

Tentang Kami

        BahasApp mula beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2022 bertujuan untuk menyediakan satu platform yang mengadaptasi sistem komprehensif untuk mempelajari pelbagai jenis bahasa secara mudah di mana jua dan pada bila-bila masa. BahasApp ditubuhkan oleh syarikat Namlite Sdn Bhd; syarikat Teknologi dan Informasi dengan kerjasama daripada institusi pengajian bahasa secara atas talian iaitu Arabicara dan Dunia Mandarin.

        Langkah pertama sebelum terbentuknya BahasApp, Namlite bermula dengan kerjasama Arabicara dalam mengendalikan pembelajaran Bahasa Arab melalui atas talian. Pembelajaran Bahasa Arab pada ketika itu hanya menggunakan applikasi Telegram semenjak  tahun 2014 hingga kini. Ternyata, menggunakan kaedah ini, ia memudahkan pelajar untuk belajar bahasa Arab kerana kaedah ini tidak terikat dengan waktu dan tempat. Kemudian, pada tahun 2021, Namlite bekerjasama dengan Dunia Mandarin untuk menyediakan satu platform belajar bahasa Mandarin dengan menggunakan konsep yang sama. Sambutan daripada orang awam untuk belajar Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin agak memberangsangkan dan di luar jangkaan.

     Berikutan atas sambutan yang menggalakkan dan pendaftaran kemasukkan pelajar ke Arabicara dan Dunia Mandarin semakin meningkat kerana terbuktinya keberkesanan mempelajari bahasa Arab dan Mandarin secara atas talian. Justeru itu, Namlite mengambil inisiatif untuk melangkah lebih ke hadapan dengan membentuk satu sistem pembelajaran yang komprehensif dan kondusif iaitu BahasApp.

       Pembelajaran melalui BahasApp mempunyai pelbagai kelebihannya. Antara kelebihan pembelajaran melalui BahasApp adalah sistem pembelajaran yang diadaptasi di BahasApp adalah pembelajaran kendiri (Self Learning) yang mana pelajar dapat belajar sendiri hanya berpandukan video penyampaian dari pengajar yang berpegalaman serta nota yang padat dan ringkas. Pembelajaran BahasApp menawarkan akses serta ulang kaji pembelajaran mengikut kesesuaian masa pelajar. Bukan itu sahaja, di BahasApp, pelajar dapat untuk membuat pilihan kepada tajuk atau topik yang dikehendakinya tanpa ada sekatan. Ini akan membuatkan pelajar lebih seronok untuk belajar kerana tidak terikat dengan waktu dan bebas memilih topik atau tajuk yang diminati.

        Tujuan dan matlamat Namlite adalah untuk memupuk minat orang ramai untuk mempelajari pelbagai bahasa dengan cara yang berkesan dan mudah tanpa mengira usia, tempat dan waktu. Buat masa kini, BahasApp menyediakan pembelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin, InsyaAllah, pada masa akan datang, BahasApp akan menyediakan pelbagai lagi jenis bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Jerman, Korea dan Jepun.