Baik, mungkin selama ini anda tak pernah jumpa mana-mana kelas Bahasa Arab yang memberi pendedahan kepada dunia perdebatan. Tahukah anda, debat mampu memberi impak yang besar dalam menjadikan laras bahasa kita seperti penutur Arab jati?
Adakah anda pernah mengalami situasi seperti di bawah:
- Tertanya-tanya bagaimana pendebat-pendebat Bahasa Arab mampu bertutur dengan laju walau mereka hanya belajar di dalam negara
- Tahu bahawa debat mampu memantapkan lagi kemahiran bertutur anda tetapi tak yakin dan takut nak sertai
- Kurang kosa kata & ungkapan yang digunakan dalam debat Bahasa Arab sehingga menjadikan pertuturan ketika debat janggal
- Minat debat Arab tapi tak yakin nak bercakap depan orang
Anda rasa bagaimana? Pernah alami situasi di atas?
Jika ada banyak tanda tanya dan masalah seperti di atas yang anda alami,
KAMI ADA PENYELESAIAN UNTUK ANDA!
Pengajar akan menjelaskan elemen-elemen asas dalam debat dan berkongsi ungkapan-ungkapan yang digunakan orang Arab. Kelas ini sesuai bagi pelajar sekolah, universiti, guru debat dan orang awam.
SIAPAKAH PENSYARAHNYA?
DR. MOHD IKHWAN BIN ABDULLAH
Beliau mula melibatkan diri sebagai tenaga pengajar di Arabicara sejak 2014 hingga sekarang. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Teknik penyampaian pembelajaran beliau sangat terperinci, menarik, ramah dan berkesan. Berpengalaman selama 8 tahun dalam mengajar bahasa Arab. Beliau juga merupakan tenaga pengajar di Arabicara di kelas Tahap Tinggi, Tahap 3- tahap 6.
Apa yang akan anda pelajari?
✅ Mendapat pendedahan bahawa aktiviti debat sebagai medium mempraktik Bahasa Arab
✅ Menelusuri elemen-elemen asas dalam debat Bahasa Arab
✅ Mengetahui ungkapan-ungkapan yang digunakan orang Arab dalam elemen tersebut
Apa yang akan anda peroleh daripada kelas ini?
Melalui kursus ini, para peserta akan lebih yakin untuk menyertai aktiviti debat yang mana membantu meningkatkan kemahiran bertutur dan berfikir sekali gus melancarkan lagi kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
Apa yang menarik dalam topik ini?
✅Ungkapan yang sering digunakan dalam arena perdebatan juga boleh mengasah kemahiran bertutur
✅ Menggabungkan banyak kemahiran: berfikir, bertutur, mendengar, dan membaca dengan menggunakan laras bahasa Arab penutur jati
TERBUKA KEPADA SEMUA LAPISAN PELAJAR, GURU-GURU DEBAT DAN ORANG AWAM
Bagaimana kelas dijalankan?
Sangat mudah. Pembelajaran akan di sampaikan secara LIVE menggunakan platform Google Meet. Boleh akses secara online di mana-mana sahaja menggunakan handphone, tablet, pc atau laptop. Tak perlu download aplikasi jika tidak ada. Cukup tekan link sahaja nanti, Tuan Puan sudah pun berada dalam kelas.
Nota ada? Ada, nota kami akan berikan awal sebelum hari kelas bermula.
Akan ada rakaman tak?Ada, ia boleh diakses seumur hidup
di Bahasapp, boleh tengok semula berulang kali selepas kelas, kefahaman pun makin bertambah.
Selain itu, ada sesi SOAL JAWAB bersama ustaz di akhir kelas.
Sangat lengkap dan mudah kan?
Bagaimana nak sertai kelas? Berapa yuran?
Yuran dikenakan hanya RM100* sahaja!!
Selepas pendaftaran/pembayaran, anda akan diberikan link group Whatsapp. Nantikan info dan update terbaru tentang kelas di dalam group nanti.
Waktu dan Tarikh?
30 SEPT 2024
Hari Isnin
Jam 9.00-11.00 malam
*TAPI SEBENTAR!
KAMI ADA PROMOSI KHAS!
NAK BERKOMUNIKASI SECARA DUA HALA DENGAN USTAZ?
NAK LANCARKAN DAN MANTAPKAN LAGI KEMAMPUAN BERCAKAP SEPERTI PENUTUR JATI ARAB?
AYUH SERTAI KELAS TAUDHIH INI!
SESI SOAL JAWAB HANYA EKSKLUSIF DALAM KELAS LIVE SAHAJA.
DAFTAR SEKARANG,
DAPATKAN HARGA PROMOSI DENGAN SEGERA 😉