Muhammad Arif
21 Courses • 5668 StudentsBiography
Ustaz Muhammad Arif bin Abdul Rahman berasal dari Melaka, berumur 28 tahun dan merupakan salah seorang tenaga pengajar Arabicara sejak tahun 2020. Beliau juga merupakan pensyarah Bahasa Arab di bawah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 5 tahun di institusi kerajaan dan swasta mengikut pelbagai peringkat umur dan tahap; bermula dari tahap sekolah rendah hingga ke tahap pendidikan tinggi.
Ustaz Arif berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Rector's List) dalam Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa dari UIAM pada tahun 2017. Kemudian, beliau meneruskan pengajian dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pengajian Linguistik Bahasa Arab dari universiti yang sama pada tahun 2020.
Berbekalkan prinsip jangan pernah berputus asa dalam segala aspek khususnya ketika mempelajari Bahasa Arab ( Man jadda, Wajada), beliau sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam mengajar Bahasa Arab sekali gus membimbing para pelajar di pelbagai peringkat umur dengan menggunakan pendekatan ringkas dan mudah difahami dalam penyampaiannya.
✉️ Email: [email protected]