Dalam kursus Modul Asas Kanak-Kanak kali ini, adik-adik akan diperkenalkan cara yang betul untuk memperkenalkan diri, keluarga dan tempat tinggal kepada kawan-kawan adik-adik. Lǎoshī juga akan berkongsi dengan adik-adik cara untuk menyapa dengan sopan yang boleh diguna pakai dalam kehiduapan seharian kita dan juga laoshi juga akan mengajar adik-adik bagaimana untuk menyatakan barang kepunyaan serta warna-warna kesukaan kita dalam Bahasa Mandarin.
Di akhir kursus ini anda akan dapat:
Adik-adik mampu memperkenalkan diri dalam Bahasa Mandarin
Adik-adik dapat menggunakan kata sapaan harian dalam Bahasa Mandarin
Adik-adik dapat mempraktiskan ucapan sopan harian dalam Bahasa Mandarin
Adik-adik mampu menyenaraikan salasilah keluarga dalam Bahasa Mandarin
Adik-adik mampu menyebut beberapa jenis barang dan menyatakan kepunyaan barang dalam Bahasa Mandarin
Adik-adik mampu menyebut warna-warna kesukaan dalam Bahasa Mandarin
Berpendidikan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) IPGM Tengku Ampuan Afzan serta Ijazah Sarjana Muda Kesenian Bahasa Mandarin di Universiti Beijing Foregin Studies, Beijing, China. Kini berkhidmat sebagai guru di SK Wakaf Stan, Kota Bharu Kelantan dan tenaga pengajar sepenuh masa Dunia Mandarin.