Al-Maf'ul Bih adalah salah satu topik asas yang penting dalam membina ayat yang jelas dan difahami. Kewujudannya bukanlah pada semua ayat yang dibina, tetapi keberadaannya adalah sangat penting dalam sesuatu keadaan yang tertentu.
Al-Maf'ul Bih telah menetapkan syarat-syaratnya yang tersendiri bagi menyempurnakan makna sesuatu ayat. Selain itu, ia juga mempunyai contoh-contoh yang mengikut kategori perkataan yang berbeza-beza dari sudut jantina dan bilangan.
Fahami apa itu Al-Maf'ul Bih secara asas dan asah kefahaman menukar sesuatu perkataan kepada mansub dengan lebih terperinci.
Di akhir kursus ini anda akan dapat:
Mengetahui definisi Al-Maf’ul Bih dengan lebih terperinci.
Memahami syarat-syarat Al-Maf’ul Bih.
Meneliti bentuk-bentuk serta Al-Maf’ul Bih.
Memahami cara memansubkan perkataan mengikut bentuk-bentuk tertentu
Mengenal pasti contoh-contoh Al-Maf’ul Bih di dalam Al-quran.
Ustaz Muhammad Arif bin Abdul Rahman berasal dari Melaka, berumur 28 tahun dan merupakan salah seorang tenaga pengajar Arabicara sejak tahun 2020. Beliau juga merupakan pensyarah Bahasa Arab di bawah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 5 tahun di institusi kerajaan dan swasta mengikut pelbagai peringkat umur dan tahap; bermula dari tahap sekolah rendah hingga ke tahap pendidikan tinggi. Ustaz Arif berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Rector's List) dalam Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa dari UIAM pada tahun 2017. Kemudian, beliau meneruskan pengajian dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pengajian Linguistik Bahasa Arab dari universiti yang sama pada tahun 2020. Berbekalkan prinsip jangan pernah berputus asa dalam segala aspek khususnya ketika mempelajari Bahasa Arab ( Man jadda, Wajada), beliau sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam mengajar Bahasa Arab sekali gus membimbing para pelajar di pelbagai peringkat umur dengan menggunakan pendekatan ringkas dan mudah difahami dalam penyampaiannya. ✉️ Email: [email protected]